2011年12月11日星期日

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Benda
bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor  Efendi
Puan Sofia  
Cikgu Azmi 
Muhamad Azimuddin
Binatang
kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
Tempat
negeri
bandar
kampung
tasek
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
Tumbuhan
pisang
cili
jambu
limau
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi

Kata Nama Khas

 

Kata Nama Khas
1)     Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

2)      Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.

3)     Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

4)     Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.

5)     Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Zaidi, Mei Fong, Subramaniam
binatang
Tompok (kucing), Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana(kereta), Pilot (pen), Seiko (jam)

Kata Nama Am

Kata Nama Am
1)     Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut
sesuatu secara am atau umum.
manusia
ayah, ,perempuan kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

2)     Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
.

3)     (b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

4)     Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.

5)     Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:

buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan

6)     Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat

Kata Ganti Nama Tunjuk 指示代名词

Kata Ganti Nama Tunjuk 指示代名词
Kata Ganti Nama Tunjuk digunakan untuk menggantikan benda, haiwan, manusia dan tempat.
指示代名词是用来指东西、动物、人和地方。

Contoh penggunaan kata ganti nama tunjuk:
指示代词的用法如下:
Kata Ganti Nama Tunjuk
Penggunaan
ini
digunakan untuk menunjukkan benda yang dekat
用来指近处的地方
itu
digunakan untuk menunjukkan benda yang jauh
用来指远处的地方
sini
digunakan untuk menunjukkan benda yang dekat
用来指近处的地方
situ
digunakan untuk menunjukkan benda yang tidak berapa jauh
用来指不怎么远的地方
sana
digunakan untuk menunjukkan benda yang dekat
用来指近处的地方

2011年12月9日星期五

Mengenal Bentuk dan Warna

Bangun Tidur

Movie maker KSSR BM Kata Ganti Nama Diri